Friday, 12 September 2014

Pengesahan dari apa yang DikehendakiNya.

Salam

Lanjutan dari blog terdahulu
Dari penyakit atau bisikan yang saya alami, kini saya perlu penjelasan dengan apa yang mereka (alam ghaib - Malaikat@Jin@Roh ) katakan. Selaku Khalifah di mukabumi ini (manusia), saya telah sampaikan risalah Allah ( AlQoran ) sekadar dalam kesanggupan saya. Alhamdulillah dengan taufik Allah. 

Dikatakan ALLAH SWT Mengkehendaki, BAGAIMANA PENGESAHAN dengan ayat ALQURAN yang tidak dinyatakan kepada kita sebelum apa yang ingin lakukan atau perkatakan..Adakah satu kesalahan dengan pertanyaan itu? ALLAH telah berjanji tidak akan menzalimi para hambaNYa.. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK LUPA @ MENGANTUK. Selaku hamba, Nabi Ibrahim a.s telah lihat kudratNya Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Nabi Musa a.s telah lihat zatNya semasa di bukit Thursina. Kita selaku umat terbaik hanya memohon sepotong ayat agar diri ini sebagai hambaNya yang hina lagi tiada daya upaya berpegang teguh pada amanah yang diberi oleh ALLAH & RASULNYA..

Dikalangan mereka (alam ghaib - Malaikat@Jin@Roh ) mengaku sebagai tuhan dan adakala mengaku sebagai Allah. Maha Suci Allah. Jadi selaku umat Nabi Muhammad SAW (hamba Allah) bertanya kepada mereka (alam ghaib - Malaikat@Jin@Roh ) - "jika benar kamu adalah tuhan atau Allah SWT, sila kemuka satu ayat yang termaktub di dalam AlQoran..disini saya bertanyakan berkenaan surah Al Qasas ayat ke 38." Sehingga hari ini, masih tidak kedengaran jawapan saya melainkan satu gangguan ( zahir dan batin ). Sepertimana termaktub dalam AlQoran, dua (2) golongan yang membawa wahyu Allah iaitu golongan Malaikat dan Manusia selain syaitan laknatullah tidak layak membawa wahyu. Ini adalah sebahagian dari surah dalam AlQoran. Sebahagian lain surah sepertimana kita dimaklumkan dan yakin bahawa ALLAH SWT tidak mengantuk atau lupa. Jadi untuk menambahkan KEYAKINAN IMAN, saya memohon dalam doa agar diberi petunjuk dari Allah SWT yang telah berjanji tidak akan membebani atau berlaku zalim terhadap ciptaanNya apatah lagi selaku hambaNya. Sepertimana Nabi Ibrahim a.s telah melihat kudratNya Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan (Yang Menyembuhkan segala penyakit). Dikalangan mereka (alam ghaib - Malaikat@Jin@Roh ) berkata  ilmu itu lebih penting daripada ayat Allah ( AlQoran). Sabdaan Baginda SAW telah berpesan agar berpegang teguh dengan ALQoran dan Sunnahnya, pasti kamu tidak sesat.

Saya mohon kepada saudara saudari sekalian selaku umat Baginda SAW agar doakan saya diberi afiat (kesihatan) dan taufik hidayah Allah untuk menyampaikan yang HAK. Sebarkan berita ini sekadar termampu agar kita berjumpa kelak sebagai saksi di Akhirat kelak.

p/s: tidak ada daya upaya dari telinga saya diganggu zahir dan batin (ibarat ada makhluk di telinga saya)